Jumaat , September 22 2017
msen
Utama > Mengenai Kami

Mengenai Kami

Latar Belakang

Portal MyHEALTH ialah satu perkhidmatan dalam talian yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah Aplikasi Perdana MSC Telekesihatan.

Ianya merupakan satu inisiatif Kerajaan Malaysia untuk membawa Negara ini ke hadapan dalam penggunaan ICT secara inovatif di samping menjana pertumbuhan ke arah mencapai tahap Negara Maju menjelang tahun 2020.

Aplikasi Perdana MSC Telekesihatan dijangka dapat mengubah sistem penjagaan kesihatan Malaysia untuk menjadi perkhidmatan yang lebih bersepadu, meluas dan secara maya dengan tujuan untuk menyediakan perkhidmatan yang saksama, mudah dicapai dan berkualiti tinggi. Ini akan membantu pencapaian visi perkhidmatan kesihatan dengan menekankan kepada kesejahteraan sepanjang hayat di mana individu, keluarga dan komuniti memainkan peranan penting dalam penjagaan kesihatan.

Visi

Masyarakat Malaysia yang celik kesihatan dan membudayakan cara hidup sihat sepanjang hayat dalam persekitaran sihat sejahtera.

Misi

  1. Meningkatkan pencapaian maklumat kesihatan dalam kalangan masyarakat.
  2. Memperlengkapkan anggota kesihatan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang promosi kesihatan.
  3. Memperkasa masyarakat dengan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai ke arah amalan hidup sihat.
  4. Meningkatkan advokasi untuk membentuk ‘supportive environment‘.
  5. Membina kerjasama untuk kesihatan di antara masyarakat, agensi kerajaan, NGO dan pihak swasta.

Objektif

  1. Untuk memperkasa dan menggalak individu supaya lebih bertanggungjawab terhadap kesihatan diri sendiri dengan menyediakan maklumat dan pendidikan kesihatan secara dalam talian
  2. Untuk menyediakan maklumat yang boleh dipercayai dan berkualiti bagi kumpulan sasaran tertentu secara mudah dicapai serta difahami

Indeks Petunjuk Prestasi (KPI)

Warga Kerja MyHEALTH

  • Ahli Lembaga Editorial
  • Jawatankuasa Pelaksana Portal MyHEALTH
  • Penulis/ Penterjemah Isi Kandungan
  • Akreditor/ Penyemak Isi Kandungan

 

Semakan Terakhir : 14 September 2016